Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(a)
apabila representasi dibuat oleh Akademi; dan
(b)
setelah mendengar pelajar tersebut, jika berpuas hati bahawa adalah wajar berbuat sedemikian demi kepentingan Akademi, memberi perintah secara bertulis supaya mana-mana pelajar—
(i)
digantung daripada menjadi pelajar bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga dalam perintah itu; atau
(ii)
dibuang daripada Akademi, dan pelajar itu hendaklah dengan serta-merta selepas itu digantung atau dibuang, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Seseorang pelajar yang berkenaan dengannya Lembaga telah memberi perintah secara bertulis di bawah subseksyen (1) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah itu, merayu kepada Menteri bagi pembatalan atau pengubahan perintah itu.
(3)
Menteri boleh memberi keputusan berkenaan dengan apa-apa rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (2) sebagaimana yang difikirkan patut dan sesuai, dan keputusan itu adalah muktamad.
(4)
Sesuatu perintah untuk menggantung seseorang pelajar di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, dilanjutkan kepada tempoh tertentu sebagaimana yang Lembaga nyatakan berkenaan dengan setiap perlanjutan itu.
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 27
(5)
Seseorang pelajar—
(a)
yang digantung daripada menjadi pelajar; atau
(b)
yang dibuang daripada Akademi, di bawah subseksyen (1), tidak boleh, dalam masa penggantungan itu, atau selepas pembuangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berada di dalam atau memasuki kampus Akademi kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga, dan jika Lembaga memberi kebenaran tersebut, Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang ia, atas budi bicara mutlaknya, fikirkan patut dikenakan.
(6)
Seseorang pelajar yang dibuang daripada Akademi di bawah subseksyen (1) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk sebagai pelajar Akademi tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga, dan jika Lembaga memberi kebenaran tersebut,
Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang ia, atas budi bicara mutlaknya, fikirkan patut dikenakan.
(7)
Seseorang pelajar—
(a)
yang berada di dalam atau memasuki kampus Akademi berlawanan dengan subseksyen (5); atau
(b)
yang dapat masuk menjadi pelajar Akademi berlawanan dengan subseksyen (6), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.