Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
Undang-Undang Malaysia 28
(b)
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dipinjamkan dari semasa ke semasa kepada Akademi oleh Kerajaan;
(c)
apa-apa hadiah sukarela kepada Akademi;
(d)
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(e)
apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Akademi;
(f)
wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Akademi; dan
(g)
segala jumlah wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada
Akademi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa, fungsi dan kewajipannya.
(3)
Semua wang yang dibayar kepada Akademi hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Akademi untuk semua atau mana-mana tujuan Akademi menurut anggaran yang diluluskan oleh Menteri.
Pemeliharaan Kumpulan Wang