Malaysia legislation

Section 30

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 30

(2)

Anggaran tersebut hendaklah mengandungi semua butiran sebagaimana yang Lembaga perlukan dan hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah yang dibuat di bawah seksyen 42.

(3)

Satu salinan anggaran tersebut hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu akan dibentangkan.

(4)

Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan itu dan hendaklah menyetujui anggaran itu sama ada tanpa pengubahan atau tertakluk kepada pengubahan sebagaimana yang ia fikirkan patut, dan pengubahan itu boleh termasuk penambahan, pengubahsuaian atau penolakan mana-mana butiran yang tertera dalam anggaran itu.

(5)

Lembaga boleh, sebelum menyetujui anggaran di bawah subseksyen (4), merujuk balik mana-mana butiran kepada Rektor untuk dipertimbangkan semula oleh beliau.

(6)

Anggaran tersebut sebagaimana yang dipersetujui oleh

Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri, yang boleh menolak atau mengubah anggaran tersebut atau mana-mana bahagiannya, atau mengubah mana-mana butirannya, atau menambah mana-mana butirannya, atau menolak mana-mana butiran daripadanya.

Undang-Undang Malaysia 30

(7)

Jika peruntukan kewangan tambahan diperlukan dalam mana-mana tahun, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, pada tahun tersebut menyebabkan anggaran tambahan disediakan oleh Rektor dan dikemukakan kepadanya.

(8)

Tiap-tiap anggaran tambahan tersebut hendaklah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh Lembaga, dan dikemukakan kepada Menteri, yang akan menanganinya seolah-olah anggaran tambahan itu adalah anggaran tahunan asal.

(9)

Sesuatu anggaran tambahan yang disediakan di bawah seksyen ini hendaklah menunjukkan sumber yang daripadanya perbelanjaan tambahan yang ditunjukkan dalam anggaran tambahan itu akan dibayar.

(10)

Akademi tidak boleh melakukan perbelanjaan melainkan dengan mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh Menteri:

Dengan syarat bahawa Lembaga boleh memindahkan semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang diuntukkan—

(a)

kepada satu butiran perbelanjaan tahunan berulang kepada suatu butiran perbelanjaan tahunan berulang yang lain;

atau

(b)

kepada satu butiran perbelanjaan modal kepada suatu butiran perbelanjaan modal yang lain.

(11)

Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasingan, perbelanjaan tahunan berulang dan perbelanjaan modal Akademi.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980