Malaysia legislation

Section 32

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 32

Pengenaan surcaj

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutannya adalah atau pernah menjadi tanggungjawabnya;

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 31

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Akademi;

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Akademi, wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Akademi.

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum seseorang disurcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj.

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan nilai, atau kerugian, pada wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Akademi; dan

(b)

dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang difikirkan patut oleh

Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 32

(4)

Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcaj itu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3).

(5)

Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan

Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.

(6)

Amaun mana-mana surcaj yang dibuat di bawah subseksyen

(3)

dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Akademi daripada orang yang disurcaj itu dan boleh dituntut dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Akademi dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcajkan; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcajkan, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

(7)

Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Rektor, keanggotaan

Lembaga bagi maksud subseksyen (1) hingga (6) tidak termasuk

Rektor.

(8)

Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan”

termasuklah tiap-tiap kakitangan Akademi yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Akademi, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar apa-apa wang itu, dan tiap-tiap kakitangan yang dipertanggungkan untuk menerima, menjaga atau melupuskan, atau mengakaunkan apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta Akademi atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta itu.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 33