Malaysia legislation

Section 3

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 3

(2)

Akademi hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun, dan dengan kuasa penuh dan autoriti di bawah nama sedemikian itu—

(a)

untuk membawa guaman dan dibawa guaman;

(b)

untuk mempunyai dan menggunakan meterai perbadanan dan dari semasa ke semasa untuk memecah, menukar, mengubah atau membuat meterai baru sebagaimana yang difikirkannya patut;

(c)

untuk membuat kontrak, untuk memperoleh, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih, termasuk apa-apa harta yang mungkin menjadi terletak hak padanya melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;

(d)

untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menjual, menggadai janji, memajakkan, menukarkan, mendemiskan, menyerahhakkan

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 9

semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Akademi, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut;

(e)

untuk menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan, diperuntukkan atau dikenakan ke atas Akademi oleh peruntukan itu.

(3)

Tertakluk kepada kelulusan Menteri, Akademi boleh mengadakan pengajian, kursus dan latihan dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan yang secara khususnya termasuk seni halus, sinematografi atau penggambaran, koreografi, drama, lakonan pentas atau sinematik, pengurusan pentas, fotografi, reka bentuk, kesenian kreatif, tarian, penulisan kreatif, lakon layar, penulisan skrip, pengarkiban atau subjek yang berkaitan dengan arkib, sains perpustakaan atau subjek berkaitan dengan perpustakaan, subjek muzium, produksi televisyen atau media elektronik, muzik dan pengajian, kursus atau latihan lain seumpamanya sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Ketidakpakaian Akta 30, Akta 550 dan Akta 555