Malaysia legislation

Section 42

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 42

(2)

Secara khusus, dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), kaedah itu boleh memperuntukkan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:

(a)

penyediaan, audit dan pengemukaan kepada Menteri, anggaran, belanjawan, pernyataan dan penyata;

(b)

fungsi dan kewajipan kakitangan;

(c)

penetapan prinsip-prinsip yang berkenaan dengan penganugerahan kelayakan akademik dan professional, pengiktirafan atau anugerah, diploma, sijil dan lain-lain kepujian akademik yang hendak dianugerahkan oleh

Akademi;

(d)

syarat-syarat kemasukan dan kebajikan pelajar;

(e)

tatatertib pelajar Akademi, termasuk menetapkan kesalahan tatatertib, hukuman tatatertib dan tatacara bagi prosiding tatatertib;

(f)

borang-borang yang diperlukan bagi maksud Akta ini;

(g)

apa-apa perkara dalam kuasa Akademi di bawah seksyen 5 atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.

Pindaan Jadual

Section 42 — AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN ACT 2006