Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dan kepada apa-apa arahan Menteri, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 46 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Akademi yang ditubuhkan oleh
Akta ini dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Akademi Seni Kebangsaan atau Kerajaan
Malaysia berkenaan dengan Akademi Seni Kebangsaan, Akademi yang ditubuhkan oleh Akta ini telah dinamakan di dalamnya dan menjadi pihak kepadanya.
Undang-Undang Malaysia 38