Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Penerusan prosiding sivil dan jenayah
(a)
Akademi Seni Kebangsaan;
(b)
Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Akademi Seni
Kebangsaan; atau
(c)
mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Akademi
Seni Kebangsaan, boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Akademi sebagaimana yang ia mungkin telah diambil oleh atau terhadap masing-masing yang tersebut seolah-olah Akta ini tidak diluluskan.
(2)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding guaman sebelum tarikh itu yang kepadanya Akademi Seni Kebangsaan,
Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Akademi Seni Kebangsaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Akademi Seni
Kebangsaan bolehlah dibawa oleh atau terhadap Akademi yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Pemindahan kumpulan wang