Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Kuasa Akademi
Akademi hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa yang berikut:
(a)
untuk menyediakan kursus pengajian, untuk membuat peruntukan bagi penyelidikan, untuk mengadakan peperiksaan dan untuk mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang ternyata perlu atau diingini bagi pendidikan dan latihan dalam bidang yang dinyatakan di bawah subseksyen 3(3) atau sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa;
Undang-Undang Malaysia 10
(b)
untuk memberikan kelayakan atau award akademik dan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, diploma, sijil dan kepujian akademik lain kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Akademi dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(c)
untuk memberikan award kepada orang yang telah menyumbang kepada pemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberikan khidmat awam yang cemerlang sebagaimana yang disyorkan oleh Lembaga dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan;
(d)
untuk menentukan dan menetapkan kelayakan bagi maksud penerimaan ke kursus pengajian dan peperiksaan Akademi;
(e)
untuk mengadakan jawatan bagi maksud akademik dan latihan, jawatan pensyarah, dan jawatan dan pekerjaan lain, dan membuat pelantikan baginya;
(f)
untuk mengawardkan pengiktirafan, pingat, hadiah dan lain-lain jenis kepujian atau bantuan berkenaan dengan pelajaran dan latihan yang disediakan oleh atau dalam
Akademi;
(g)
untuk membuat kontrak dan melantik mana-mana kakitangan sama ada tempatan atau dari negara asing, atas terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud Akademi;
(h)
untuk memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada kakitangan Akademi dalam memburu kecemerlangan akademik;
(i)
untuk memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga;
(j)
untuk menjalankan penyelidikan dan produksi bagi promosi dan penggunaan dapatan penyelidikan Akademi secara berkesan;
(k)
untuk memasarkan dan memfrancais perkhidmatan, dapatan penyelidikan, dan produk Akademi;
(l)
untuk menuntut dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga, atau sebagaimana yang ditetapkan;
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 11
(m)
untuk melakukan apa-apa perbuatan dan perkara, sama ada bersampingan atau tidak dengan kuasa yang disebut sebelumnya, sebagaimana yang diperlukan untuk menambah, melengkapi, memperbaiki atau memenuhi objektif Akademi.
Fakulti, Jabatan atau Pusat