Malaysia legislation

Section 7

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 7

(a)

menjalankan apa-apa kursus pengajian bersesama atau bersama-sama, secara gabungan, usahasama atau secara francais atau selainnya, dengan mana-mana Universiti,

Kolej Universiti, institusi pengajian tinggi, atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan

(b)

menjalankan apa-apa kursus pengajian sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya di dalam atau di luar Malaysia.

(2)

Kelulusan Menteri di bawah subseksyen (1) boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri untuk ditentukan.

(3)

Menteri tidak boleh memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1) kecuali dia berpuas hati bahawa Akademi telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan Universiti, Kolej

Universiti, institusi pengajian tinggi, atau badan profesional, atau pertubuhan berkaitan, mengenai penjalanan kursus pengajian itu.

Undang-Undang Malaysia 12

(4)

Dalam seksyen ini, “gabungan” termasuklah penjalanan program berkembar.