Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
Rektor;
(c)
dua orang bagi mewakili Kerajaan;
(d)
tujuh orang yang pada pendapat Menteri mempunyai kelayakan dan pengalaman yang boleh membantu Lembaga dan kesejahteraan Akademi.
(3)
Pelantikan anggota Lembaga, kecuali Rektor, hendaklah dibuat oleh Menteri bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan apabila tamat tempoh tersebut, anggota Lembaga itu hendaklah layak untuk dilantik semula.
(4)
Pelantikan mana-mana anggota boleh dibatalkan oleh Menteri pada bila-bila masa tanpa memberi alasan tentang pembatalan tersebut.
(5)
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi—
(a)
jika Pengerusi tidak dapat, oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya; atau
(b)
semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan
Pengerusi.
(6)
Seseorang anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (5) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi
Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 13
(7)
Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga.
(8)
Lima anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Lembaga.
(9)
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(10)
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Kuasa dan fungsi Lembaga