Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Suruhanjaya atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Suruhanjaya;
(d)
jika dia menjadi bankrap;
(e)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
(f)
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya tanpa kebenaran Menteri;
(g)
dalam hal seorang anggota Suruhanjaya selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi;
(h)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
(i)
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
Jawatankuasa