Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006

Seksyen 13

Eksekutif, hendaklah menjadi kosong—

(2)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(5)

Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

(7)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 15

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(9)

Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk pada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh

Suruhanjaya.

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(11)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada

Suruhanjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(12)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(13)

Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya selepas berunding dengan Menteri.

Penzahiran kepentingan