Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
(a)
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
(b)
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3)
Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(4)
Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuklah—
(a)
suami atau isterinya;
(b)
ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);
(c)
anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 17
(d)
adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan
(e)
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya—
(a)
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
(b)
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(c)
pekongsi anggota itu;
(d)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau
(e)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian
*Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya adalah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.