Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dikenakan ke atasnya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan hendaklah juga mempunyai fungsi-fungsi yang berikut:
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
(a)
menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan melaksanakan dan memajukan objektif dasar kebangsaan itu;
(b)
melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
(c)
memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dan memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi berkontrak dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan;
(d)
menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri itu dan secara khususnya pengurangan air tidak terhasil melalui program jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang;
(e)
menasihati Menteri tentang mekanisme yang adil dan cekap bagi menentukan tarif yang adil kepada kedua-dua pengguna dan pemegang lesen dan melaksanakan tarif yang telah ditetapkan melalui mekanisme dan alat yang sesuai;
(f)
memastikan matlamat pembangunan negara berkenaan dengan liputan, pembekalan dan akses kepada perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan tercapai;
(g)
memastikan pengekalan kualiti air dan perkhidmatan pembetungan secara jangka panjang melalui pembangunan modal kerja yang berterusan;
(h)
merumuskan dan melaksanakan rancangan supaya semua permintaan yang munasabah bagi perkhidmatan pembetungan dipenuhi dan melalui perundingan dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 19
pihak berkuasa yang berkaitan, menyediakan suatu rancangan kawasan tadahan pembetungan yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembetungan yang baharu dan langkah-langkah bagi pembaikan mana-mana sistem pembetungan yang sedia ada;
(i)
menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
dan
(j)
menasihati
Menteri secara amnya mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.
Kuasa Suruhanjaya