Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006

Seksyen 20

(2)

Suruhanjaya hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai

Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari

Suruhanjaya pada keseluruhannya.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai lain Suruhanjaya.

(5)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

(6)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am

Suruhanjaya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 23

Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif