Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dari semasa ke semasa;
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 25
(b)
semua atau mana-mana bahagian fi lesen atau fi lain, caj pentadbiran, levi atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
(c)
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya;
(d)
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh
Suruhanjaya;
(e)
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Suruhanjaya;
(f)
semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;
(g)
wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 32; dan
(h)
semua wang lain yang diterima secara sah oleh
Suruhanjaya.
(3)
Walau apa pun perenggan 27(2)(b), wang yang disebut dalam perenggan itu yang melebihi kehendak kewangan Suruhanjaya bagi pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2), apa-apa wang yang disumbangkan bagi Kumpulan Wang Industri Air dan Kumpulan
Wang Sumbangan Modal Pembetungan di bawah Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan
Wang.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang