Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006

Seksyen 28

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Suruhanjaya;

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota

Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pekerja

Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman dan fi serta kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;

(d)

membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;

(e)

membayar balik wang yang dipinjam di bawah seksyen 32 dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

(f)

memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya di bawah seksyen 24; dan

(g)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 27

Pemeliharaan Kumpulan Wang