Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen 13;

“Kumpulan

Wang”

ertinya

Kumpulan

Wang

Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;

“pekerja” ertinya orang yang diambil khidmat oleh Suruhanjaya;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(a);

“perkhidmatan bekalan air” ertinya perawatan air yang diambil dari alur air dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan termasuk pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air;

“perkhidmatan pembetungan” ertinya pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan, dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan dan penyahenap cemar tangki septik;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan”

ertinya Akta ini dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 9