Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006

Seksyen 30

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(2)

Sebelum 1 September setiap tahun, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaannya

(termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan) bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada

Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Akaun bank