Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Obligasi kerahsiaan
(a)
tiada anggota
Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya; dan
(b)
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil