Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006

Seksyen 4

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Air

Negara” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Suruhanjaya atau seseorang pekerja yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya bagi maksud itu.

(6)

Meterai perbadanan

Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Suruhanjaya