Malaysia legislation
Section 104
Seksyen 104
Kuasa Tribunal Rayuan
(a)
untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
(b)
untuk mendapatkan dan menerima keterangan bersumpah atau ikrar sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan;
(c)
jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu;
(d)
untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;
(e)
jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa belanja yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
(f)
untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah
Undang-Undang Malaysia 84
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan;
(g)
untuk menangguhkan pendengaran rayuan dari semasa ke semasa, termasuklah kuasa untuk penangguhan bagi menimbangkan keputusannya; dan
(h)
untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.
(2)
Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa suatu mahkamah rendah berkenaan dengan penguatkuasaan tentang kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau berikrar dan menjatuhkan hukuman kerana penghinaan mahkamah.
Keputusan Tribunal Rayuan