Malaysia legislation

Section 107

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 107

Kekebalan tindakan kerana tindakan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati

Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap —

(a)

Tribunal Rayuan;

(b)

Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan;

(c)

Setiausaha atau mana-mana pegawai Tribunal Rayuan yang lain; atau

Industri Perkhidmatan Air 85

(d)

seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak untuk dan bagi pihak Tribunal Rayuan, bagi apa-apa tindakan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam melaksanakan fungsi Tribunal Rayuan atau fungsinya dan penggunaan kuasa Tribunal Rayuan atau kuasanya di bawah

Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.