Malaysia legislation

Section 108

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 108

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pemegang lesen” termasuklah—

(a)

seseorang yang memegang suatu lesen individu atau pemberikuasaan yang diberikan di bawah Bab 2 Bahagian

XIII;

(b)

seseorang yang dikecualikan daripada memegang lesen individu di bawah Akta ini; dan

(c)

seseorang yang memegang, mengawal atau mengendalikan aset yang menjadi sebahagian daripada sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam;

“pemindah milik” ertinya pemegang lesen yang perniagaannya hendak dipindahmilikkan kepada pemegang lesen atau orang yang lain di bawah seksyen 109;

“penerima pindahan” ertinya pemegang lesen atau orang lain yang kepadanya pemindahmilikan perniagaan hendak dibuat di bawah seksyen 109;

“perniagaan” ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud laba atau keuntungan dan termasuklah semua harta yang diperoleh daripada, atau digunakan dalam atau bagi maksud, menjalankan aktiviti sedemikian dan semua hak dan tanggungan yang berbangkit daripada aktiviti sedemikian; dan

Undang-Undang Malaysia 86

“tarikh pemindahmilikan” ertinya tarikh pada dan yang darinya suatu perjanjian atau perkiraan yang disebut dalam seksyen 109

hendaklah mula berkuat kuasa.

Sanksi dikehendaki bagi penyusunan semula, dsb., pemegang lesen