Malaysia legislation
Section 109
Seksyen 109
(a)
yang akan mengakibatkan pertukaran dalam kawalan pemegang lesen atau syarikat pegangannya;
(b)
bagi penjualan, pelupusan atau pemindahmilikan keseluruhan atau mana-mana bahagian substansial perniagaan pemegang lesen;
(c)
untuk penyatuan atau percantuman pemegang lesen dengan mana-mana orang lain; atau
(d)
untuk penyusunan semula pemegang lesen.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang boleh membuat perjanjian atau perkiraan yang disebut dalam subseksyen (1) jika—
(a)
perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu dibuat secara bertulis;
(b)
suatu permohonan secara bertulis telah dibuat kepada
Menteri untuk kelulusannya bagi perjanjian atau perkiraan itu; dan
(c)
Menteri telah meluluskan perjanjian atau perkiraan itu.
(3)
Seseorang boleh membuat permohonan bagi mendapatkan kelulusan Menteri di bawah perenggan (2)(b) dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Suruhanjaya berserta dengan suatu salinan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu dan semua maklumat dan dokumen lain yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, dengan perjanjian atau perkiraan itu atau yang berkaitan bagi pertimbangan Suruhanjaya.
(4)
Pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan,
Suruhanjaya boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon atau mana-mana orang lain yang merupakan pengarah, pengawal atau pengurus pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan.
Industri Perkhidmatan Air 87
(5)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh mana-mana orang yang dikehendaki memberikannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu atau dalam apa-apa pelanjutan tempoh yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan yang baru.
(6)
Suruhanjaya hendaklah, apabila menerima suatu permohonan yang disebut dalam subseksyen (3) dan selepas diberikan semua maklumat dan dokumen yang dikehendakinya, mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang sama ada permohonan itu hendak diluluskan atau tidak dan jika hendak diluluskan, apa-apa syarat yang boleh dikenakan atau apa-apa pengubahsuaian atau pengubahan yang boleh dibuat.
(7)
Sesuatu permohonan di bawah—
(a)
perenggan (1)(b) tidak boleh diluluskan oleh Menteri jika perjanjian atau perkiraan itu akan mengakibatkan penjualan, pelupusan atau pemindahmilikan mana-mana bahagian perniagaan pemegang lesen kepada seseorang yang bukan pemegang lesen, kecuali berhubung dengan suatu bahagian perniagaan itu yang tidak dikehendaki supaya dilesenkan di bawah Akta ini; dan
(b)
perenggan (1)(c) tidak boleh diluluskan oleh Menteri kecuali dalam hal penyatuan atau percantuman dengan pemegang lesen lain.
(8)
Jika Menteri enggan memberikan kelulusannya bagi sesuatu permohonan, Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganan itu.
Permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk memudahkan perjanjian atau perkiraan untuk pemindahmilikan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan pemegang lesen yang hendak dikuatkuasakan