Malaysia legislation

Section 110

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 110

(2)

Permohonan bersama yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh bagi semua atau mana-mana perintah yang berikut:

(a)

tarikh pada dan yang darinya perjanjian atau perkiraan itu hendaklah berkuat kuasa, iaitu suatu tarikh yang lebih awal atau terkemudian dari tarikh permohonan itu;

(b)

peletakhakan apa-apa harta yang dipegang oleh pemindah milik, sama ada secara sendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, pada penerima pindahan sama ada secara sendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, pada dan dari tarikh pemindahmilikan atas sifat yang sama dan dengan serta tertakluk masing-masingnya kepada kuasa, peruntukan dan tanggungan yang berkenaan dengannya;

(c)

bagi apa-apa surat cara yang sedia ada, sama ada dalam bentuk surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawahnya atau menurut kuasanya apa-apa harta menjadi terletak hak pada pemindah milik, hendaklah ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah apa-apa sebutan tentang pemindah milik dalam surat cara atau perintah itu digantikan dengan sebutan tentang penerima pindahan;

(d)

bagi apa-apa perjanjian yang sedia ada yang pemindah milik ialah pihak kepadanya, hendaklah ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah penerima pindahan ialah pihak kepada perjanjian itu sebagai ganti pemindah milik;

(e)

jika apa-apa hak atau tanggungan pemindah milik dipindahmilikkan kepada penerima pindahan, bagi memberikan penerima pindahan hak, kuasa dan remedi yang sama yang ada pada pemindah milik seolah-olah penerima pindahan pada setiap masa mempunyai hak atau tanggungan itu dan hak dan tanggungan itu hendaklah termasuk hak dan tanggungan yang berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebelum sahaja tarikh pemindahmilikan itu oleh atau terhadap pemindah milik;

Industri Perkhidmatan Air 89

(f)

apa-apa penghakiman atau award yang didapatkan oleh atau terhadap pemindah milik dan tidak diselesaikan dengan sepenuhnya sebelum tarikh pemindahmilikan itu, hendaklah dikuatkuasakan oleh atau terhadap penerima pindahan itu; dan

(g)

bagi semua perintah sampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan perjanjian atau perkiraan itu dilaksanakan sepenuhnya dan dengan berkesan.

(3)

Apabila mendengar permohonan di bawah subseksyen (1),

Mahkamah Tinggi boleh mengeluarkan suatu perintah mengikut terma yang dipohon atau dengan apa-apa pengubahsuaian atau pengubahan yang difikirkan adil atau patut oleh Mahkamah dalam hal keadaan kes itu.

(4)

Jika perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (3)

memperuntukkan supaya pemindahmilikan apa-apa harta atau perniagaan yang terletak hak atau dipegang oleh pemindah milik, sama ada secara sendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, maka menurut kuasa perintah itu, harta atau perniagaan itu hendaklah pada dan dari tarikh pemindahmilikan itu menjadi terletak hak pada atau dipegang oleh penerima pindahan sama ada secara sendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa mengikut terma-termanya walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang atau dalam mana-mana rukun undang-undang, dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas oleh perintah itu tanpa mengira sama ada orang yang terjejas itu tidak merupakan suatu pihak kepada, atau tidak mempunyai notis mengenai, prosiding itu atau mana-mana prosiding berkaitan yang lain di bawah seksyen ini.

(5)

Perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat di bawah subseksyen

(3)

hendaklah, tertakluk kepada arahan Mahkamah Tinggi, disiarkan oleh penerima pindahan dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian yang diterbitkan di Malaysia dan diluluskan oleh Suruhanjaya, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa Inggeris.

(6)

Pemindah milik hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembuatan perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen

(3)

, menyerah simpan suatu salinan yang disahkan dokumen yang berikut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pihak berkuasa

Undang-Undang Malaysia 90

yang sesuai, jika ada, yang berkenaan dengan pendaftaran atau perekodan urus niaga apa-apa harta alih atau kepentingan mengenai harta alih yang dipindahmilikkan menurut perintah itu:

(a)

perintah Mahkamah Tinggi;

(b)

perjanjian atau perkiraan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 109; dan

(c)

kelulusan Menteri di bawah seksyen 109.

(7)

Jika suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen

(3)

meletakhakkan mana-mana tanah beri hakmilik atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai mana-mana tanah beri hakmilik, kepada penerima pindahan—

(a)

Mahkamah Tinggi hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu terletak di dalam Semenanjung Malaysia dan Wilayah

Persekutuan Putrajaya, menurut subseksyen 420(2) Kanun

Tanah Negara, menyebabkan supaya suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir

Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas sahaja pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menguatkuasakan subseksyen 420(2),

(3)

dan (4) Kanun Tanah Negara; atau

(b)

jika tanah beri hakmilik itu terletak di dalam Wilayah

Persekutuan Labuan, penerima pindahan itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas perintah itu dibuat, mengemukakan salinan sah perintah itu kepada

Pendaftar untuk pendaftaran peletakhakan tanah beri hakmilik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perintah Wilayah Persekutuan Labuan

(Pengubahsuaian Ordinan Tanah) 1984.

(8)

Suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)

boleh berkaitan dengan mana-mana harta atau perniagaan pemindah milik di luar Malaysia dan, jika berkaitan sedemikian, kuat kuasa boleh diberikan terhadapnya sama ada mengikut apa-apa perkiraan bersaling yang berhubungan dengan penguatkuasaan penghakiman yang wujud antara Malaysia dengan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia yang di dalamnya harta atau perniagaan itu terletak, atau jika tidak terdapat perkiraan bersaling sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.

Industri Perkhidmatan Air 91

Section 110 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my