Malaysia legislation

Section 113

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 113

(a)

telah dimaklumkan oleh pemegang lesen mengenai apa-apa hal keadaan yang disebut dalam seksyen 112; atau

(b)

berpuas hati—

(i)

bahawa lesen itu atau pemberikuasaan pemegang lesen telah dibatalkan dan pemegang lesen terus menyediakan perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan berlanggaran dengan

Akta ini dan perundangan subsidiarinya;

Undang-Undang Malaysia 92

(ii)

bahawa telah berlakunya atau ada pelanggaran oleh pemegang lesen akan apa-apa arahan Suruhanjaya yang sebegitu serius sehingga menjadikan pemegang lesen tidak wajar untuk terus memegang lesennya;

(iii)

bahawa pemegang lesen tidak solven atau telah menggantungkan pembayaran pada apa-apa takat yang menjejaskan pengendaliannya atau bahawa wujudnya fakta atau hal keadaan yang berkemungkinan akan membawa kepada pemegang lesen menjadi tidak solven atau kepada pemegang lesen menggantungkan pembayaran sehingga apa-apa takat yang menjejaskan pengendaliannya; atau

(iv)

bahawa pemegang lesen telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau telah melanggar apa-apa syarat lesennya yang sebegitu serius sehingga menjadikan pemegang lesen tidak wajar untuk terus memegang lesennya,

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menjalankan mana-mana satu atau lebih daripada kuasa yang berikut, sebagaimana yang difikirkannya perlu:

(A)

menghendaki pemegang lesen untuk mengambil apa-apa langkah, tindakan atau untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubung dengan pemegang lesen itu atau perniagaan, pengarah atau pegawainya yang dinyatakan, dan dalam tempoh yang dinyatakan, oleh Suruhanjaya dalam perintah itu;

(B)

walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa had yang terkandung dalam dokumen konstituen pemegang lesen, menyingkirkan seorang pegawai pemegang lesen daripada jawatannya berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu,

(C)

walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa had yang terkandung dalam dokumen konstituen pemegang lesen, khususnya, suatu had tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah—

(i)

menyingkirkan mana-mana pengarah pemegang lesen daripada jawatannya berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau

Industri Perkhidmatan Air 93

(ii)

melantik seorang atau lebih sebagai pengarah atau pengarah-pengarah pemegang lesen dan membuat peruntukan bagi mana-mana orang yang dilantik sedemikian dibayar apa-apa saraan oleh pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; atau

(D)

melantik seseorang untuk menasihati pemegang lesen berhubung dengan penjalanan sepatutnya perniagaannya dan membuat peruntukan bagi orang yang dilantik sedemikian dibayar apa-apa saraan oleh pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Kuasa Suruhanjaya di bawah perenggan (1)(B), (C) dan (D)

hendaklah dijalankan hanya dengan persetujuan terdahulu Menteri.

(3)

Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan

(1)

(a)

dan (b) wujud berkenaan dengan pemegang lesen dan

Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah perlu demi kepentingan awam, Suruhanjaya boleh, sama ada Suruhanjaya telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah perenggan (1)(A), (B), (C) atau

(D)

atau tidak, membuat syor kepada Menteri—

(a)

supaya Suruhanjaya mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya;

(b)

supaya Suruhanjaya mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dan menjalankan mana-mana bahagian perniagaan dan hal ehwal itu; atau

(c)

supaya Suruhanjaya untuk melantik mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana kuasa Suruhanjaya di bawah perenggan (a) atau (b) bagi pihak Suruhanjaya; dan

(d)

supaya belanja Suruhanjaya, atau saraan orang yang dilantik sedemikian di bawah perenggan (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada aset pemegang lesen itu dengan diberikan keutamaan daripada semua tuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar.

(4)

Jika Menteri bersetuju dengan syor Suruhanjaya di bawah subseksyen (3), dia hendaklah membuat suatu perintah yang hendaklah disiarkan dalam Warta yang menyatakan keputusannya dan tindakan yang hendak diambil oleh Suruhanjaya dengan sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 94

(5)

Suatu perintah Suruhanjaya di bawah subseksyen (1), atau suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (4), boleh dipinda atau digantikan dari semasa ke semasa dengan suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1) atau (4), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Tiada perintah di bawah subseksyen (1), (4) atau (5) boleh dibuat melainkan jika—

(a)

pemegang lesen yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat; dan

(b)

dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(B) atau subperenggan (C)(i), pegawai atau pengarah yang hendak disingkirkan daripada jawatan itu, telah diberi suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi terhadap, atau selainnya mengenai, perintah yang dicadangkan itu.

(7)

Walau apa pun subseksyen (6), jika pada pendapat

Suruhanjaya—

(a)

dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) atau (5); atau

(b)

dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (4) atau (5), apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan pengguna atau orang awam atau apa-apa kumpulan orang awam, perintah itu boleh dibuat dahulu dan peluang untuk membuat representasi terhadap atau selainnya berhubung dengan perintah itu hendaklah, dalam hal itu, diberikan selepas sahaja perintah itu dibuat, dan perintah itu boleh, berikutan daripada representasi sedemikian sama ada disahkan atau dipinda atau digantikan di bawah subseksyen (5), atau dibatalkan di bawah subseksyen (8).

(8)

Suruhanjaya atau Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan suatu perintah mengikut cara yang sama dengan cara perintah itu dibuat di bawah subseksyen (1), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(9)

Seseorang yang melanggar perintah Suruhanjaya di bawah perenggan 113(1)(A), (B), (C) atau (D) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Industri Perkhidmatan Air 95

Tindakan Menteri berkenaan dengan pemegang lesen demi kepentingan negara