Malaysia legislation

Section 114

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 114

(a)

Suruhanjaya mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen;

(b)

Suruhanjaya mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan menjalankan mana-mana bahagian perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu; atau

(c)

Suruhanjaya untuk melantik mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana tindakan yang diarahkan dalam perenggan (a) atau (b) bagi pihak Suruhanjaya; dan

(d)

belanja Suruhanjaya, atau saraan orang yang dilantik sedemikian di bawah perenggan (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada aset pemegang lesen itu dengan diberikan keutamaan daripada semua tuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar.

(2)

Penentuan mengenai apa yang terjumlah kepada kepentingan negara hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian adalah muktamad dan mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(3)

Kuasa Menteri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan hanya dengan kelulusan terdahulu Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah seksyen 113