Malaysia legislation

Section 115

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 115

(2)

Terma dan syarat sesuatu pelantikan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya pelantikan itu dibuat, ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah mengikat pemegang lesen.

(3)

Pelantikan seorang pengarah atau pengarah-pengarah di bawah subperenggan 113(1)(C)(ii) tidak menjejaskan apa-apa peruntukan dokumen konstituen yang membolehkan pemegang lesen itu untuk menambah bilangan pengarah jika bilangan maksimum pengarah yang dibenarkan di bawah dokumen konstituen itu belum lagi dicapai atau dilebihi dengan pelantikan atau pelantikan-pelantikan di bawah subperenggan 113(1)(C)(ii).

(4)

Seseorang yang memegang apa-apa pelantikan yang disebut di bawah subseksyen (1) tidaklah dikenakan apa-apa obligasi atau tanggungan semata-mata oleh sebab dia memegang pelantikan sedemikian.

Peruntukan berhubung dengan penyingkiran daripada jawatan di bawah seksyen 113