Malaysia legislation

Section 117

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 117

(a)

mengemukakan harta, perniagaan dan hal ehwalnya kepada apa-apa kawalan sedemikian kepada Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

memberikan Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, semua kemudahan yang dikehendaki untuk menjalankan perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu.

(2)

Jika kawalan ke atas pemegang lesen telah diambil alih menurut suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 113(4)

atau seksyen 114, Suruhanjaya, atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen yang berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu atas nama dan bagi pihak pemegang lesen itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah itu, sehinggalah masa apabila perintah itu dibatalkan.

(3)

Dalam tempoh perintah yang dibuat di bawah subseksyen 113(4) atau seksyen 114 berkuat kuasa—

(a)

semua kuasa pemegang lesen dan kuasa pengarahnya di bawah dokumen konstituen pemegang lesen, atau yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah terletak hak pada Suruhanjaya atau pada orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa mengira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas atau mengikut apa-apa cara lain dan apa-apa kesukaran yang berbangkit daripada peletakhakan itu boleh diselesaikan oleh Menteri melalui suatu arahan secara bertulis;

(b)

tiada pengarah pemegang lesen yang kepadanya perintah itu berkaitan boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhubung

Undang-Undang Malaysia 98

dengan pemegang lesen itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Suruhanjaya atau or-ang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan atau apa-apa pembayaran boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana pengarah pemegang lesen itu, kecuali apa-apa yang diluluskan secara bertulis oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan seperti yang tersebut dahulu oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(c)

Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menguruskan aset dan hal ehwal pemegang lesen itu untuk meneruskan pembekalan air dan penyediaan perkhidmatan pembetungan kepada orang awam.

(4)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen 113(4) atau seksyen 114 tidak mempunyai kuat kuasa untuk memberikan atau meletakhakkan apa-apa hakmilik kepada atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai apa-apa harta pemegang lesen yang kepadanya perintah itu berkaitan pada Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Jika kawalan ke atas pemegang lesen telah diambil alih menurut suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 113(4)

atau seksyen 114, Kerajaan Persekutuan, Menteri, Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pekerja atau ejen

Suruhanjaya dan orang yang dilantik itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan atau prosiding dalam mahkamah oleh mana-mana pihak kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Menteri, Suruhanjaya, mana-mana anggota

Suruhanjaya, mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya dan orang yang dilantik itu secara suci hati dan dalam penjalanan apa-apa fungsi atau kuasa yang dimaksudkan di bawah Bahagian ini.

(6)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen

(3)

(b)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Industri Perkhidmatan Air 99

(7)

Bagi maksud seksyen ini, seksyen 118 dan 119, “orang yang dilantik” ertinya orang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan atau sebahagian daripada harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen bagi pihak

Suruhanjaya di bawah suatu perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 113(4) atau seksyen 114.

Kesan menghalang atau menggalang Suruhanjaya atau orang yang dilantik

Section 117 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my