Malaysia legislation

Section 11

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 11

(a)

mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas lesen individu; atau

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen individu.

(2)

Sebelum Menteri membuat keputusan di bawah subseksyen

(1)

, Suruhanjaya hendaklah memberikan kepada pemegang lesen individu itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Menteri berserta dengan suatu salinan draf mengenai pengenaan, perubahan atau pembatalan itu; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu,

Menteri hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen individu itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan atau untuk mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.

Industri Perkhidmatan Air 25

(4)

Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen individu itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Menteri di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

Pemindahmilikan lesen individu

Section 11 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my