Malaysia legislation
Section 121
Seksyen 121
(a)
dengan niat untuk menyebabkan kematian;
(b)
dengan pengetahuan bahawa dia berkemungkinan menyebabkan kematian; atau
(c)
yang berkemungkinan akan membahayakan nyawa mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan.
(2)
Seseorang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), apabila disabitkan—
(a)
jika kematian adalah akibat perbuatan itu, hendaklah dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh yang boleh berlanjutan sehingga dua puluh tahun, dan jika hukuman itu bukan hukuman mati, dia boleh juga dikenakan sebatan;
(b)
jika kematian bukan akibat perbuatan itu tetapi bahan yang digunakan untuk mencemarkan alur air atau sistem bekalan air itu atau mana-mana bahagian alur air atau sistem bekalan air itu adalah bahan radioaktif atau toksik, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau disebat atau ketiga-tiganya; atau
(c)
dalam apa-apa kes lain, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Tidak menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini bahawa pemegang lesen yang memiliki sistem bekalan air itu atau yang menyediakan perkhidmatan bekalan air itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memberhentikan bekalan air sebaik sahaja pemegang lesen itu menyedari bahawa alur air atau sistem bekalan air itu telah tercemar.
Industri Perkhidmatan Air 101
Perbuatan salah