Malaysia legislation
Section 122
Seksyen 122
(a)
dengan sengaja, cuai atau melulu merosakkan atau menyebabkan supaya dirosakkan apa-apa paip, saluran, pembuluh atau struktur, pembetung, lurang, kebuk, lekapan, kelengkapan, takungan, tangki, pam, pili, injap, meter, submeter atau mana-mana bahagian daripada mana-mana sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam;
(b)
mengumbah, mengangkut, mengubah haluan atau mengambil air dari mana-mana sistem bekalan air awam atau mana-mana bahagian sistem itu, melainkan jika orang itu dibenarkan selainnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
(c)
mandi, membuang sisa atau membuang apa-apa sampah atau makhluk, yang mati atau hidup, ke dalam mana-mana sistem bekalan air awam atau mana-mana bahagian sistem itu; atau
(d)
menceroboh mana-mana kawasan takungan perkhidmatan atau stesen penggalak bagi sesuatu sistem bekalan air awam atau mana-mana kawasan stesen pengepam kumbahan atau tempat rawatan kumbahan bagi sesuatu sistem pembetungan awam, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2)
Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(a) boleh dikehendaki membayar pampasan bagi kerosakan itu dan pampasan itu hendaklah didapatkan daripada orang itu oleh pemegang lesen mengikut cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 88.
Sambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang