Malaysia legislation

Section 124

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 124

Seseorang yang mengganggu suatu meter atau submeter atau menyebabkan gangguan kepada suatu meter atau submeter yang digunakan bagi menyukat air yang dibekalkan ke mana-mana premis dengan suatu cara yang menyebabkan meter atau submeter itu menunjukkan bacaan yang tidak betul melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Section 124 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my