Malaysia legislation
Section 132
Seksyen 132
(a)
mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau
(b)
berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang
Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
(2)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, memerintahkan supaya mana-mana orang—
(a)
memberikan pegawai diberi kuasa, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat sedemikian;
(b)
mengemukakan kepada pegawai diberi kuasa, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
Undang-Undang Malaysia 106
(c)
membuat salinan mana-mana dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;
(d)
jika orang itu seorang individu, hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada suatu masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
(e)
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan atau suatu badan awam, menyebabkan seorang pegawai yang berwibawa dari pertubuhan atau badan itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada suatu masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
atau
(f)
jika orang itu suatu perkongsian, menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada suatu masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik.
(3)
Suruhanjaya hendaklah membenarkan orang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (2) suatu masa yang munasabah untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sedemikian yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (2) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu patut memberikan suatu representasi
Industri Perkhidmatan Air 107
bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
Bukti pematuhan