Malaysia legislation
Section 134
Seksyen 134
Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen
(2)
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai salinan benar dokumen itu.
(3)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui bagi dokumen itu hendaklah diterima oleh semua mahkamah dan tribunal sebagai keterangan seolah-olah salinan itu adalah dokumen asal.
(4)
Sehingga suatu salinan diperakui bagi dokumen itu dibekalkan,
Suruhanjaya hendaklah, pada bila-bila masa dan di tempat yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
(5)
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Undang-Undang Malaysia 108
Akses kepada rekod