Malaysia legislation
Section 138
Seksyen 138
(2)
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu berkaitan sebelum menyiarkan maklumat sedemikian.
(3)
Suruhanjaya tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang dizahirkan kepadanya jika penyiaran itu—
(a)
berkemungkinan menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau
Industri Perkhidmatan Air 109
(b)
akan melibatkan penzahiran yang tidak munasabah akan maklumat peribadi mengenai mana-mana individu
(termasuk seorang yang telah mati), tetapi Suruhanjaya boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidaklah digubah dalam apa-apa cara yang boleh mengancam atau memudaratkan orang yang memberikan maklumat itu.
Kesalahan kerana tidak patuh