Malaysia legislation

Section 13

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 13

(a)

pemegang lesen individu itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya;

(b)

pemegang lesen individu itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen individu itu;

(c)

pemegang lesen individu itu telah mendapatkan lesen individu itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;

(d)

pemegang lesen individu itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya;

(e)

seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen individu itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 655

(f)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen individu itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen individu itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen individu di bawah Akta ini.

(2)

Sebelum Menteri membuat keputusan di bawah subseksyen

(1)

, Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen individu itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Menteri untuk membatalkan lesen individu itu; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Menteri hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen individu itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk membatalkan lesen individu itu atau tidak.

(4)

Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen individu itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Menteri di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(5)

Pemegang lesen individu itu tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan daripada Menteri atau Suruhanjaya jika lesen individu itu dibatalkan mengikut subseksyen (1).

Tarikh berkuat kuasanya pembatalan lesen individu

Section 13 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my