Malaysia legislation
Section 141
Seksyen 141
(2)
Sebelum masuk ke atas mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen itu hendaklah memberikan notis yang menyatakan dengan selengkap dan setepat yang mungkin tentang jenis dan takat tindakan-tindakan yang dicadangkan dilakukan.
(3)
Notis itu hendaklah sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dan Pentadbir Tanah hendaklah menyatakan suatu tarikh bilamana Pihak Berkuasa Negeri hendak menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab ini.
(4)
Notis di bawah subseksyen (2) hendaklah diberikan—
(a)
dalam hal tanah beri hakmilik, kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuninya;
(b)
dalam hal tanah rizab, kepada orang yang bertanggungjawab bagi tanah rizab itu atau, dalam ketiadaan mana-mana orang sedemikian, kepada Pentadbir Tanah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di alamat yang terakhir diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu hendak diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir
Tanah atas belanja pemegang lesen itu, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan dalam Bab ini atau mengikut cara yang
Industri Perkhidmatan Air 111
diperuntukkan bagi penyampaian notis di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang sedang berkuat kuasa dalam Negeri di mana tanah itu terletak.
(5)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (4) boleh, dalam masa empat belas hari dari penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen (2), memasukkan suatu bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh pemegang lesen.
(6)
Bantahan itu hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pentadbir
Tanah dan pemegang lesen, dan Pentadbir Tanah hendaklah memberikan notis mengenai bantahan itu kepada Pihak Berkuasa
Negeri.
(7)
Jika tiada bantahan dimasukkan dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (5), pemegang lesen boleh dengan serta-merta masuk ke atas tanah itu dan melakukan semua atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
(8)
Jika bantahan telah dimasukkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang dinyatakan bagi pendengaran bantahan itu, Pentadbir
Tanah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberikan semua pihak suatu peluang untuk didengar.
(9)
Apabila selesainya siasatan itu Pentadbir Tanah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketetapan yang difikirkannya patut, membuat suatu perintah yang memberi kuasa atau melarang mana-mana tindakan yang disebut dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
Rayuan terhadap perintah Pentadbir Tanah