Malaysia legislation

Section 142

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 142

(2)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti membuat perintah di bawah subseksyen (1), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau sebahagian daripada mana-Undang-Undang Malaysia 112

mana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen 141(2) mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960

[Akta 486].

(3)

Pemegang lesen itu hendaklah membayar pampasan bagi apa-apa pengambilan tanah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (2).

(4)

Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

(5)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkara tanah, Pendaftar—

(a)

apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen 141(2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah bahawa tiada bantahan telah dimasukkan oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 141(4); atau

(b)

apabila dikemukakan kepadanya perintah asal yang dibuat di bawah subseksyen 141(9) dan apabila didepositkan dengannya suatu salinan yang diperakui benar perintah asal itu, hendaklah menyebabkan supaya suatu catatan mengenai kewujudan hak-hak di bawah notis atau perintah sedemikian dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terjejas oleh notis atau perintah itu.

Memasang paip, dsb., atas tanah Kerajaan