Malaysia legislation

Section 144

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 144

Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan pemasangan

Bilamana perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyenggarakan, membaiki atau meningkatkan apa-apa sistem bekalan air, sistem pembetungan atau mana-mana bahagian sistem itu, pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen bagi maksud itu boleh pada bila-bila masa munasabah masuk ke atas mana-mana tanah yang di atas, di bawah atau melaluinya paip, saluran, pembuluh atau struktur yang serupa, pembetung, lurang, kebuk, lekapan atau apa-apa kelengkapan lain yang membentuk sebahagian daripada suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan telah dipasang, dan boleh menjalankan segala pembaikan yang perlu, dan boleh, dalam menjalankan pembaikan itu, menebang atau memangkas pokok, membuang tumbuh-tumbuhan dan melakukan segala benda lain yang perlu bagi maksud itu, dengan menyebabkan sedikit mungkin kerosakan dan dengan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 146

kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa kerosakan yang disebabkan olehnya yang baginya pampasan belum lagi ditaksirkan di bawah seksyen 141.

Section 144 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my