Malaysia legislation
Section 145
Seksyen 145
Kecualian bagi perjanjian izin lalu
(a)
menyentuh hak pemegang lesen untuk membuat perjanjian izin lalu dengan pemilik atau penghuni mana-mana tanah bagi maksud membawa apa-apa paip, saluran, pembuluh atau struktur yang serupa, pembetung, lurang, kebuk, lekapan atau apa-apa kelengkapan lain yang membentuk sebahagian daripada suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan melalui tanah itu; atau
(b)
menyentuh apa-apa perjanjian izin lalu sedemikian yang wujud pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya apa-apa salinan asal dan didepositkan dengannya suatu salinan terperakui apa-apa perjanjian izin lalu sedemikian sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan supaya suatu catatan mengenai kewujudan perjanjian
Undang-Undang Malaysia 114
izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terjejas oleh perjanjian izin lalu itu.
(3)
Jika sesuatu perjanjian izin lalu adalah berhubung dengan tanah yang merupakan suatu pemegangan yang termasuk dalam
Daftar Interim—
(a)
subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah
“Pesuruhjaya” dan “folio yang bersesuaian dalam Daftar
Interim” masing-masing menggantikan “Pendaftar” dan
“dokumen hakmilik daftaran”; dan
(b)
apabila dokumen hakmilik tetap telah dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara
(Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], mana-mana catatan yang dibuat menurut subseksyen itu sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah
(jika perjanjian itu masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu) dimasukkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-seolah catatan itu dimasukkan di bawah subseksyen itu.
(4)
Selagi catatan yang dibuat menurut subseksyen (2) dan (3)
masih kekal pada dokumen hakmilik daftaran atau folio yang bersesuaian dalam Daftar Interim, semua urusan berkenaan dengan tanah yang catatan itu berkaitan dengannya hendaklah disifatkan tertakluk kepada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya catatan itu dibuat.
(5)
Dalam seksyen ini, perkataan “Pesuruhjaya” dan “Daftar
Interim” masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka)