Malaysia legislation
Section 149
Seksyen 149
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—
(a)
salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabah disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;
(b)
mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau yang menyiratkan bahawa orang itu mempunyai lesen yang diberikan di bawah Akta ini; atau
(c)
apa-apa dokumen, kelengkapan, peralatan, atau perkara lain yang dengan munasabah dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(3)
Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 150 boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi jenayah itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
(5)
Bilamana menjadi perlu untuk menyebabkan seorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan.
(6)
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau
Industri Perkhidmatan Air 117
perkara yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai yang menyita hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
(7)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen
(6)
atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kuasa untuk masuk dan menggeledah serta menyita tanpa waran