Malaysia legislation

Section 152

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 152

Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan di dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya.