Malaysia legislation

Section 159

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 159

Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita

Jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, benda atau perkara yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.