Malaysia legislation
Section 160
Seksyen 160
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, benda atau perkara yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.