Malaysia legislation
Section 161
Seksyen 161
Halangan
(a)
enggan memberikan mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b)
menyerang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
(c)
enggan memberikan mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau apa-apa maklumat lain
Industri Perkhidmatan Air 123
yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kuasa tambahan