Malaysia legislation

Section 162

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 162

Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh pemegang lesen atau orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan untuk memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;

(b)

menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; dan

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah dipatuhi.