Malaysia legislation
Section 163
Seksyen 163
(2)
Suruhanjaya, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, boleh pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Undang-Undang Malaysia 124
(3)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa perlanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Pendakwaan